Tuesday, July 7, 2009

Assalamualaikum..

Perjalanan hidup penuh ujian

Perjuangan suci banyak banyak rintangan

Segala mehnah yang mendatang

Tidak siapa yang mampu untuk menghalang

Kerana itu ketetapan dari Tuhan.

Janganlah mengeluh bila kesulitan

Janganlah menyampah bila kebosanan

Janganlah berputus asa bila keperitan

Janganlah berdukacita bila kegagalan.

Mengapa negatif sedemikian

Mengapa takdir yang disalahkan

Mengapa persekitaran yang dihukum

Mengapa kekurangan yang dipersoalkan.

Mungkin itu hanya sekadar ujian

Mungkin itu baru sedikit peringatan

Mungkin itu petunjuk kelemahan

Mungkin itu pengkhilaf dosa kesalahan.

Marilah disusuri dengan ketabahan

Marilah dilawan dengan kecekalan

Marilah dirawat dengan muhasabah

Marilah diubati dengan beristighfar.

Astaghfirullah.......atas segala dosa

MasyaAllah.......lemahnya diri hamba

Subhanallah.......kasihnya Tuhan kita

Alhamdulillah.........peluang masih terbuka

Allahuakhbar.........marialh kita bangkit semula

Allah,kurniakan aku iman yang sempurna

Lisan yang lembut berzikir mengingatiMu

Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu

Badan yang ringan menyempurnakan perintahMu

JAGA DIRI HIASI PERIBADI DGN AMALAN YG SOLEH